MENGGUNAKAN STRATEGI PENGARUH
Usahawan yang berjaya mempunyai kebolehan
untuk menggunakan pengaruh yang ada di sekelilingnya. Usahawan menggunakan
strategi pengaruh untuk mendapat
kepercayaan dan keyakinan serta menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua
pihak berkepentingan dengannya. Usahawan menggunakan strategi-strategi pengaruh bagi mewujudkan kepintaran dan
kecekapan rangkaian yang lebih luas. Usahawan akan sentiasa menggunakan
strategi-strategi ini untuk mempengaruhi, memujuk, mengajak dan meyakinkan
orang lain tanpa melakukan unsur penipuan terhadap mereka. Selain itu, usahawan
juga menggunakan strategi pengaruh untuk mendapatkan hak pengedaran, memudahkan
mendapat pinjaman serta mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan mereka.
Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya.
Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja-pekerja, dan
industri yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya.
Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan;
·
i) Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak.
ii) Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum.
ii) Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum.
iii) Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran.
iv) Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran.
v) Pengaruh berdasarkan kuasa memberi tauladan.
Usahawan perlu memiliki salah satu
daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi
pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran
yang terlibat dengannya.
Contohnya, pengasas D’Herbs Healthy Sdn
Bhd iaitu Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan taglinenya “terlajak laris”
mempunyai ciri-ciri ini.
Beliau telah mengiklankan produk D'Herbs di
majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi,
Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan tersebut telah disiarkan setiap minggu
dan ianya memberi impak yang sangat besar kepada perniagaannya. Ia juga telah
bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Lebih membanggakan D'Herbs juga telah menaja program-program hebat seperti
Akademi Fantasia, Bintang Mencari Bintang dan Dai’ Pendakwah Milenia 3 yang
disiarkan di Astro dan TV3.
Melalui kepetahan mulutnya mempromosikan
produk D’Herbs sejak diawal kemunculannya, kini jenama itu telah menjadi buah
mulut orang ramai yang ingin mendapatkan produk beliau. Pengaruh media massa
dan media sosial digunakan sebaiknya oleh beliau untuk menarik perhatian ramai
pihak.