Monday, November 2

Berwawasan

BERWAWASAN
Wawasan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke Empat merujuk kepada berpandangan jauh terutamanya berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara. Seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan yang dibentuk juga dapat mengelakan lencongan.
 Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan. Usahawan yang berjaya akan merancang dan menetapkan segala matlamat agar usahanya sejajar dengan wawasan kerajaan. Usahawan akan sedaya upaya berusaha mencapai matlamat dan wawasan perniagaannya bagi membolehkan beliau menjadikan perniagaannya masyur di mata masyarakat. Usahawan ini juga akan memperlihatkan bahawa beliau juga mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi yang ingin dicapai pada masa depan. Dalam menetapkan matlamat dan wawasan, usahawan memerlukan penelitian dan kajian yang rapi serta mempunyai kecekapan dari segi pemikiran. Mereka perlulah peka kepada kemampuannya dari sudut dalaman atau luar organisasi.
Mencontohi ‘Iron Lady’ Malaysia, Datuk Dr Maznah Hamid yang sentiasa mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas dalam karier yang diceburinya. Beliau melihat bidang keselamatan adalah amat penting dalam mana-mana organisasi dan sebagai seorang wanita beliau sanggup melibatkan diri dalam bidang pekerjaan lelaki kerana beliau yakin bidang ini akan berkembang maju.
 Pada zaman dahulu, kebanyakan lelaki yang melibatkan diri bidang kawalan keselamatan yang bahaya, seperti pegawai keselamatan, polis, bomba, dan sebagainya. Tetapi, Datuk tidak kisah bidang berkenaan sesuai atau tidak dengan statusnya yang sebagai wanita tetapi dan akhirnya Datuk telah membukitkan wanita juga boleh melibatkan diri dalam bidang keselamatan yang penuh dengan banyak kesusuhan dan bahaya. Beliau juga sanggup melibatkan diri dalam bidang yang tidak dikenali oleh orang lain pada 30 tahun dahulu dan berjaya menjadikan Securiforce sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Hasil daripada kegigihan Datuk dan pasukannya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan.
Selain itu, Datuk kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Hal yang paling membanggakan ialah van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Di samping itu, ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’.