Monday, November 2

Proaktif

Proaktif
 Salah  satu  ciri  yang  patut  ada  dalam  diri  usahawan  ialah  bersifat  proaktif. Pengertian atau definisi proaktif  ialah  orang  yang  relatif  tidak  terpengaruh  oleh  kekuatan situasi di sekitarnya, bahkan orang  tersebut  mampu  mempengaruhi  timbulnya  perubahan dalam  lingkungannya. Orang yang mempunyai  sikap  proaktif   tinggi  mampu mengenalpasti  kesempatan  dan  mengambil  tindakan  yang  tepat  untuk  memanfaatkan kesempatan  tersebut,  memperlihatkan  inisiatif  dan  mempertahankannya  sampai perubahan  yang  bermakna  terjadi. Lawan  dari  proaktif      adalah  pasif  atau  reaktif,  iaitu orang  yang  cenderung  untuk  beradaptasi   atau          berkompromi  dengan  keadaan,  daripada berusaha  mengubah  dirinya  untuk      memberikan  pengaruh  positif  pada  situasi di sekitarnya.

Ciri-ciri  Peribadi  Yang  Bersifat  Proaktif
1.    Inisiatif
Inisiatif  ialah  ciri-ciri  peribadi  yang  proaktif  di  mana  ia  tidak  menghendaki  respon  yang  negatif  untuk  masa  hadapan  dan  berusaha  untuk  “memberi  sebelum  diminta”. Inisiatif  ialah  seseorang  individu  yang  mempunyai  sikap  kesedaran  yang  tinggi  terhadap  apa  yang  akan  berlaku  di  kemudian  hari.

3.    Positif
Selalu  memandang  dengan  cara  positif. Sikap  proaktif  tidak  memandang  kesusahan  dalam  permasalahan,  namun  akan  mencari  cara  penyelesaiannya. Orang  proaktif  tidak  akan  berundur  sekiranya  menghadapi  masalah  malah  akan   mencari  jalan  keluar  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  dihadapi.

           Contoh   Usahawan  Yang   Mempunyai    Sikap   Proaktif :
Dato’ Aliff  Syukri  Pengarah  Urusan  D’Herbs
            Dato’  Aliff  Syukri  yang  berasal  dari  keluarga  yang  susah  sangat  gemar  berdikari  untuk  menjayakan  dirinya  dan  enggan  duduk  di  kempompong  yang  sama. Pengalaman  yang  paling  bermakna  buat  beliau  ialah  apabila  beliau  ingin  memulakan  perniagaan  tetapi  tidak  mempunyai  wang  yang  cukup. Dengan  berbekalkan  azam  yang  kuat, beliau  berniaga  dengan  cara  apa  sekali  pun. Bermula  dari  menjual  kepada  kawan-kawan  di  pejabat. Kemudian  membuka  gerai  di  pasar  tani  setiap  minggu. Beliau  juga  ada  berkata, sebelum  kita  Berjaya, kita  jangan  minta  tolong  orang tetapi  kita  hendaklah  berusaha  terlebih  dahulu. Alhamdulillah  dengan  berniaga  di  pasar  tani, beliau  dapat  meraih  keuntungan  yang  agak  banyak.
            Walaupun  gagal  mendapat  pinjaman  di  bank  dengan  alasan  kerana  beliau  masih  lagi  seorang  yang  mentah,  beliau  tidak  pernah  berputus  asa  sebaliknya  mencari  peluang  lain  untuk  terus  memajukan  diri  beliau  dan  sentiasa  berfikiran  positif  walaupun  ada  segelintir  pihak  yang  mengherdik  beliau. Sikap  proaktif  yang  ada  dalam  diri  beliau  patut  dicontohi  oleh  anak-anak  muda  zaman  sekarang.  Alhamdulillah, beliau  amat  bersyukur  kepada  Allah  apabila  ada  kawan-kawan  terdekat,  pelanggan-pelanggan  yang  memanggil  beliau  ketika  membuat  bengkel  kecantikan  dan  memberitahu  mereka  tentang  hajat  beliau  yang  ingin  membuat  satu  jenama  dan  ingin  berkongsi  bersama  membantu  beliau. Tanpa  ada  sedikit  pun  perasaan  segan  silu, beliau  menerangkan  kertas  kerja  yang  ditolak  oleh  pegawai  bank  kepada  rakan-rakan  beliau  dan  respon  yang  diberikan  amatlah  mengejutkan.
 Duit  yang  diberikan  oleh  mereka, beliau  jadikan  pelaburan. Beliau  menjadikan  pelaburan  itu  sebagai  modal  awal  dan  menggabungkan  duit  hasil  daripada  perniagaan  tani, beliau  mendapat  lebih  kurang  RM 100 000.00. Beliau  amat  berterima  kasih  kepada  mereka  yang  turut  membantu  beliau  seperti  Encik  Putra, Puan Rohani, abah  beliau  sendiri, Puan  Linda, Puan Rina  kerana  tanpa  mereka  pastinya  Syarikat  D’herbs  tidak  akan  sampai  ke  tahap yang  lebih  cemerlang. Makin  kita  tinggi,  makin  kita  tunduk. Beliau  menyeru  kepada  semua  orang  yang  agar  berniaga tanpa  menghiraukan  kata-kata  ejekan  dari  orang  lain. Kita  juga  perlulah  bermula  daripada  bawah  lagi  dan  sentiasa  mencari  alternatif  baru. Sesungguhnya  hasil  yang  kita  berdiri  di  tapak  kaki  sendiri  lebih  bermakna  daripada  kita  menumpang  dari  hasil  orang  lain.
Dato’ Aliff  Syukri  mempunyai  matlamat  sendiri  untuk  Berjaya  tanpa  meniru  orang  lain. Nama  D’Herbs  akan  sentiasa  gah  dan  kuat  di  Malaysia. Itulah  matlamat  beliau  sampai  bila-bila.













Kerja  Berpasukan
Kerja  berpasukan  juga  merupakan  salah  satu  ciri  yang  patut  ada  dalam  diri  usahawan. Kemahiran  kerja  berpasukan  melibatkan  kebolehan  untuk  bekerjasama  dengan  orang  lain  daripada  pelbagai  latar  belakang  sosiobudaya  untuk  mencapai matlamat  yang  sama. Melalui  kerja  berpasukan,  organisasi  dapat  meningkatkan  hasil tanpa  meningkatkan  sumber  kerana  kerja  berpasukan  melibatkan  gabungan  usaha, pengatahuan,  kemahiran  dan  kebolehan  yang  dapat  menghasilkan  prestasi  kerja  yang lebih  tinggi  berbanding  jika  dilakukan  secara  bersendirian. Lapan  nilai-nilai  utama  yang menjadi  prasyarat  kepada  pelaksanaan  kerja  secara  berpasukan  iaitu  matlamat  sama, tanggungjawab  bersama, saling  percaya  mempercayai, berkongsi  idea, saling  bantu  membantu, bertolak  ansur, musyawarah  dan  kerjasama.
Sering  kali  wujud  kekeliruan  antara  kerja  berpasukan  dengan  kerja  berkumpulan. Perlu  dipastikan  bahawa  kedua-dua  istilah ini  berbeza. Kerja  dalam kumpulan  belum  tentu  membawa  maksud  kerja  sepasukan. Terdapat  banyak  jenis  kerja yang  dilakukan  oleh  individu  dalam  kumpulan  tetapi  ia  belum  menjadi  kepada  contoh kepada  kerja  berpasukan  kerana  “kerja  berkumpulan  menumpukan  kepada  kerja masing-masing  tetapi  secara  beramai-ramai  setiap  orang  telah  ditetapkan  kerja  yang  mesti  disiapkan. Malah  seseorang  dalam  kumpulan  hanya  menerima  arahan  daripada  ketua serta  tidak  terlibat  di  dalam  menentukan  sebarang  keputusan  atau  tindakan”.
Contoh  Usahawan  Yang  Mempunyai  Sikap  Kerja  Berpasukan :
Kiichiro  Toyoda
Kedudukan TOYOTA hari ini merupakan hasil usaha tanpa henti sejak pengasasnya mula membuat lakaran pertama kereta mereka. TOYOTA MOTOR CORPORATION merupakan syarikat yang diasaskan oleh KIICHIRO TOYODA telah mengetuk pintu 2009 dengan cukup bersemangat menerusi kejayaan bersejarah automotif dunia sekali gus meletakkan mereka di tempat pertama selepas kejatuhan empayar automotif terbesar GENERAL MOTOR (GM) dan CHRYSLER.
TOYOTA diiktiraf sebagai pembuat kenderaan terbesar dengan rekod jualan hampir 10 juta buah kenderaan pada tahun 2007 dan 2008. Namun kejayaan yang dikecapi bukanlah datang dengan mudahnya. Mereka menanti hampir 8 dekad untuk berada pada peringkat sekarang. Peringkat ini adalah suatu yang satu ketika dahulu dianggap amat mustahil untuk dicapai.
Toyota  Motor  Corporation  adalah  salah  sebuah syarikat  yang  mengamalkan  amalan  kerja  berpasukan. Kajian-kajian menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan. Oleh  sebab  itu, Toyota  Motor  Corporation  mengamalkan amalan  kerja  berpasukan  kerana  banyak  manfaat  yang  diperolehi  daripada  aktiviti  ini  kerana  untuk  menghasilkan  kereta  yang  berkualiti  tinggi  ia  memerlukan  banyak  idea  dan  kreativiti  bagi  menarik  minat  pelanggan  untuk  membelinya.
Amalan  kerja  berpasukan  yang  diamalkan  oleh  syarikat  Toyota  Motor  Corporation  telah  menjadikan  syarikat  ini  sebagai  pengeluar  kereta  terbesar  dunia  mengalahkan  General  Motor  dari  Amerika  Syarikat.