Berani mengambil risiko
Usahawan
adalah penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Sesebuah negara tidak akan
mencapai taraf sebagai negara maju sekiranya tidak menpunyai usahawan yang berjaya
serta berdaya saing yang tinggi. Ini adalah kerana usahawan merupakan tulang
belakang dan nadi bagi penggerak ekonomi negara.
Antara
ciri yang perlu ada dalam setiap usahawan salah satunya adalah berani mengambil
risiko. Risiko memainkan peranan penting dalam pembangunan diri usahawan.
Kebanyakan orang pada masa kini takut untuk menghadapi risiko dalam hidup
mereka kerana mereka sering dan terlalu memikirkan hasil negatif sekiranya
keputusan yang mereka ambil itu salah. Setiap manusia perlu sedar bahawa dalam
setiap perbuatan mereka lakukan mempunyai risikonya yang tersendiri tidak kira
kecil atau besar.
Untuk
melangkah maju kedepan, seseorang usahawan itu haruslah bersiap sedia
menghadapi risiko. Seorang yang berjaya adalah orang yang berani mengambil
risiko sebelum mencapai kejayaan yang mereka inginkan. Antara tokoh yang
berjaya sehingga kini adalah Puan Rozita binti Ibrahim iaitu pengasas Sendayu
tinggi yang menganggap kecantikan luaran sahaja tidak mencukupi dan tidak
menjamin kepuasan mutlak tetapi sebaliknya kecantikan dalaman akan melahirkan
kecantikan luaran yang lebih sempurna.
Sebelum
bergelar usahawan, Rozita Ibrahim terpaksa merempuh onak dan duri dan beliau
pernah melalui pengalaman pahit menjadi ibu tunggal. Pelbagai pekerjaan beliau telah
dilakukan sebelum berjaya, antaranya ialah menorah getah, membekalkan makanan
dan membuat kontrak perladangan serta menjalankan perniagaan kedai runcit.
Namun itu semua tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mencari rezeki
demi menyara keluarganya. Beliau juga mengambil risiko dengan menceburi bidang
perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual akhbar, majalah dan nasi lemak
dengan menggunakan motosikal dan sanggup mengenepikan pandangan sekeliling yang
sering memandang serong kerana beliau melakukan pekerjaan orang lelaki. Bagi
beliau yang paling utama ialah diri dan anak-anaknya dan berpegang dengan
prinsipnya “sesiapa yang malas berusaha dan membuang masa adalah orang yang
bodoh lag merugikan”.
Setelah
berjaya mengumpul sejumlah wang, beliau mengambil risiko yang terbesar dalam hidupnya
iaitu dengan hanya bermodalkan RM400 hasil dari gadaian barang-barang kemas,
Puan Rozita memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi baru dan ingin
melihat potensi herba tradisional dan penerimaan oleh masyarakat Malaysia.
Beliau juga memberanikan diri bersikap terbuka dan mengambil risiko dengan
menjadikan dirinya sebagai bahan uji akji terhadap formulasi barunya iaitu
dengan mengemukkan badannya sebanyak tiga kali dan akhirnya berjaya menurunkannya
semula. Ia bertujuan untuk menguji keberkesanan produk. Namun itu semua
sejarah, kerana pada hari produk yang sering menjadi fokus masyarakat adalah
produk-produk dari Sendayu Tinggi.
Dari
semangat yang berani dan kental dalam menghadapi segala cabaran ini, beliau
bangkit dengan penuh azam yang kukuh setelah menghadapi beberapa kegagalan. Dan
beliau membuka syarikat pada tahun 1999 dan menamakannya “SENDAYU TINGGI”.
Walaupun diusahakan secara kecilan beliau telah mendapat pendapatan yang
lumayan iaitu sebanyak RM10,000 sehingga RM30,000 sebulan.
Setelah
5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan dan mengambil segala
risiko, beliau akhirnya berjaya memahat nama sebagai seorang saudagar produk
kecantikan,Sendayu Tinggi yang semakin berkembang dan dikenali di seluruh
Malaysia. Dan beliau sekarang mempunyai 9 anak syarikat dibawahnya antaranya
ialah SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD, SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD,
SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD dan lain-lain lagi.
“Dunia
perniagaan seperti dalam pertempuran, kemenangan adalah matlamat. Puan Rozita
percaya kita perlu selidik apa kekurangan pada diri kita sebelum melakukan
sesuatu perkara itu dan kreativiti serta daya fikir yang tinggi dan sesekali
menyelami tentang kehidupan alam sekeliling perlu ada untuk menjadi bekalan
dalam kehidupan.