Ciri-ciri kerajinan,komitmen,keazaman dan ketabahan
merujuk kepada personaliti usahawan yang amat penting dalam pembangunan dan
kejayaan seseorang usahawan.Begitu juga Pada setiap peringkat kitaran hayat
perniagaan,usahawan amat memerlukan ciri-ciri di atas.Pada peringkat permulaan
sesebuah perniagaan,usahawan amat memerlukan kerajinan,komitmen,keazaman dan
ketabahan bagi menghadapi segala cabaran,rintangan,masalah dan kegagalan dalam
memperkembangkan perniagaan.Pada peringkat penakatan(survival),usahawan
memerlukan ciri ini bagi menghadapi segala kesulitan serta untuk mendapatkan
kelebihan persaingan berbanding pesaing sedia ada.Pada peringkat(growth),usahawan
memerlukan ciri-ciri ini untuk terus memperkembangkan perniagaannya ke
peringkat antarabangsa bagi memperoleh keuntungan yang lebih lumayan di samping
mendapat kelebihan persaingan dan memanjangkan kitaran hayat produknya.Sebagai
contoh SOICHIRO HONDA telah mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat
disebabkan oleh Keluaran Honda mempunyai reputasi yang sangat tinggi di dalam
pasaran kerana bahagian pemasangannya dan juga bentuk yang mudah diterima
umum.Kereta honda mempunyai kedudukan konsisten yang sangat tinggi dari segi
kualitinya mengikut laporan pengguna serta kumpulan-kumpulan pengguna
bebas.Disebabkan oleh ciri-ciri yang baik yang dimiliki oleh SOICHIRO
HONDA,maka terhasilah kereta honda yang sangat berkualiti yang menggunakan
teknologi yang tinggi dan dapat memudahkan para pengguna.
MENITIKBERATKAN MUTU KERJA YANG TINGGI
Usahawan yang berjaya akan sentiasa menitikberatkan
standard dan mutu kerja yang tinggi nilainya.Produk yang mempunyai standard dan
mutu kerja yang tinggi nilainyaakan mendapat kelebihan persaingan berbanding
persaingan sedia ada.Ini adalah kerana,pelanggan biasanya akan mengkaji dan
membandingkan kualiti sesuatu produk sebelum mereka memilikinya.Melalui mutu
yang tinggi,usahawan bukan sahaja dapat meyakinkan para pembeli dan pelanggan
tetapi juga dapat memuaskan kehendak dan keperluan mereka.Ini secara tidak
langsung,dapat meningkatkan prestasi sera imej perniagaan bagi usahawan.Sebagai
contoh SOICHIRO HONDA telah menghasilkan kereta yang bertu tinggi dimana beliau
telah menghasilkan teknologi penjimatan minyak yang sangat efisien.Disebabkan
oleh teknologi penjimatan minyak tersebut Honda juga telah berada tahap yang
paling tinggi dimana keberkesanan penjimatan minyak berbanding dengan
kereta-kereta lain.Selain itu juga.kereta honda mempunyai nilai yang sangat
tinggi ddimana kereta honda telah berada sama taraf dengan kereta-kereta mewah
di automotif lain,berdasarkan laporan pengguna.