Monday, November 2

Tugasan I (Pengenalan)

I) Pengenalan 

Dalam bahasa Inggeris, usahawan diterjemahkan sebagai “entrepreneur” yang berasal dari bahasa Perancis iaitu “entreprendre” yang membawa maksud memikul tugas atau mencuba. Dalam bahasa Melayu pula usahawan bermaksud orang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya . McCelland (1961) menyatakan usahawan sebagai seorang yang berdaya inovatif dan berkehendakan pencapaian yang tinggi .Usahawan  berjaya cenderung ke arah mengambil risiko yang telah direncanakan dan mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi. Schumpeter (1934) pula mentakrifkan usahawan sebagai individu yang melakukan pembaharuan atau inovasi untuk kesejahteraaan organisasinya sendiri. Beliau menyatakan terdapat beberapa pembaharuan yang boleh dilakukan oleh individu usahawan tersebut. Antaranya ialah:

a)      Memperkenalkan perkhidmatan atau barang keluaran baru
b)      Memperkenalkan kaedah keluaran baru
c)      Meneroka pasaran baru
d)     Mencari dan meneroka sumber bahan mentah baru
e)      Menyusun semula industri yang diceburi
f)       Usahawan perlulah bersikap inovatif, proaktif dan cenderung untuk mengambil risiko dalam peluang perniagaan
g)      Usahawan perlu beredia menghadapi risiko, yakin pada diri sendiri dan mampu mencari serta merebut peluang

Secara umumnya, usahawan merupakan seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga berjaya dengan motif memperoleh keuntungan di samping mengamalkan amalan-amalan yang strategik untuk terus berjaya.