Tuesday, November 3

Berinisiatif & bertanggungjawab

Insiatif membawa maksud seseorang itu mempunyai semangat atau tabiat untuk menjalankan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa. Sikap berinsiatif diperlukan dalam setiap diri usahawan agar dapat menonjolkan ciri-ciri positif yang ada pada usahawan tersebut. Hal ini penting kerana usahawan yang berjaya akan bertanggungjawab terhadap sikap, tingkah laku serta perbuatannya. Sikap berinsiatif juga diperlukan untuk menghadapi arus perubahan dan peredaran masa supaya tidak dianggap ketinggalan dalam persaingan perniagaan.
Rangkaian produk kosmetik D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’ Herbs) sudah dikenali di seluruh Malaysia bahkan di luar negara. Lebih 35 jenis produk dipasarkan merangkumi pelbagai kategori terutamannya produk kecantikan dan kesihatan wanita dan sebanyak enam buah kedai di seluruh negara. Pengasasnya ialah seorang usahawan muda yang sangat berjaya iaitu Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Diusia 25 tahun beliau telah dianugerahkan darjat Dato’. Dan telah menjadi lumrah bagi seorang usahawan itu untuk berdepan dengan segala kesulitan dan kesukaran.
Walaupun berasal dari keluarga yang susah, namun beliau gemar berdikari untuk menjayakan dirinya dan dengan berbekalkan azam yang kuat, beliau bertungkus  lumus mencari wang dengan mengambil insiatif dan menjalankan perniagaan bermula dengan membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Hal demikian kerana beliau tidak gemar menelaah pelajaran dan beliau sendiri sedar bahawa beliau perlu berusaha lebih keras untuk hidup di Kuala Lumpur yang penuh dengan kemudahan yang memerlukan wang. Walaupun letih dengan kerja beliau dimana waktu bekerja beliau adalah dari jam 8 pagi sehingga 9 malam, beliau tetap mengambil insiatif untuk membuat satu kursus make up wajah untuk rakan-rakan sepejabat. Beliau hanya mengenakan caj pada kadar RM5-RM10 sahaja dan dalam bengkel tersebut beliau mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM1000-RM3000.
Disamping bekerja untuk orang lain, beliau akhirnya mendapat idea untuk mencipta produk dan jenamanya sendiri.Walaupun pada permulaannya beliau menghadapi kesulitan iaitu pinjaman beliau di tolak atas alasan beliau masih muda dan mentah dan beliau diperkatakan oleh saudara sendiri dengan mengatakan beliau tidak akan berjaya kerana tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi hanya dengan lepasan SPM. Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang menjadi seorang usahawan.
Demi mencapai matlamat dan impiannya, beliau mencari pelbagai insiatif untuk mendapatkan wang selain memohon loan bank. Beliau meminta tolong kenalan yang terdekat yang terdiri daripada saudara-saudara serta pelanggannya dengan memberitahu hajatnya untuk membina satu jenama. Rata-rata memberi respon yang menggalakkan, mereka berminat dan yakin dengan kewibawaan beliau untuk membuat satu jenama.
Wang yang diberikan dijadikan pelaburan dan menariknya, beliau memiliki semangat kental malah tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya dan yakin akan dapat menghasilkan produk berkualiti dan mampu dibeli setiap lapisan masyarakat. Dengan menggunakan insiatif dan strategi pengiklanan yang hebat, akhirnya usaha beliau membuahkan hasil yang amat mengagumkan dan jenama D’ Herbs mula mendapat tempat di hati dalam kalangan pelanggan.
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman juga merupakan seorang ketua yang sangat bertanggungjawab, Beliau telah membuka sebuah syarikat yang di namakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn. Bhd. di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan. Ini bertujuan untuk memastikan tiada sebarang produk D’ Herbs dijadikan produk tiruan dan memastikan semua pelanggan mendapat produk yang berkualiti serta terjamin keselamatannya. . Beliau juga disenangi oleh kalangan mereka yang terlibat dengan syarikat D’ Herbs seperti stokis, pengedar, pengguna dan juga kakitangannya
Sekarang beliau mampu tersenyum dan bersyukur dengan segala hasil titik peluhnya selama ini dengan kini D’ Herbs Healthy Sdn Bhd mempunyai seramai 6,000 stokis di seluruh negara. Pencapaian ini amat memberangsangkan. Syarikat ini juga telah melakukan pelbagai insiatif dalam membaharui produk dan kini mereka telah mengeluarkan 60 jenis produk yang khusus untuk kanak-kanak, wanita serta lelaki.