Pemerhati
Pada abad ke-21 ini, usahawan berhadapan dengan
perubahan arus teknologi dan era globalisasi yang semakin pesat dan berkembang.
Oleh hal demikian, ciri-ciri usahawan yang perlu ada dalam setiap usahawan
perlu dimantap dan diperkuatkan lagi. Antara cirinya adalah usahawan perlu
lebih berdaya saing dan membolehkan seseorang usahawan itu mendapat kelebihan
persaingan berbanding dengan usahawan yang lain.
Ciri-ciri tersebut amat penting bagi usahawan
pada masa kini kerana peratusan masyarakat di Malaysia pada masa kini semakin
meningkat dan pelbagai usaha dilakukan hanya untuk memperoleh rezeki ibarat
“kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.
Bagi merempuh cabaran tersebut, para usahawan
pada masa kini perlu ada ciri terpenting dalam keusahawanan iaitu mempunyai
penglihatan yang tajam, mempunyai kebijaksanaan di dalam mengambil peluang dan
insiatif serta berpandangan jauh. Sebagai usahawan yang berpandangan jauh dan
walaupun sekecil peluang yang ada dapat membawa keuntungan kepada organisasinya.
Hal demikian kerana, walau sekecil-kecil peluang itu ia dapat membawa
keuntungan dan memberi kita pengalaman dalam menyelesaikan masalah yang bakal
timbul. Contohnya usahawan Malaysia yang pandai dalam mencari peluang dan mengaplikasikannya
di dalam organisasi dan membawa keuntungan adalah Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin pengarah syarikat Mydin.
Kumpulan Mydin, antara kumpulan perniagaan
runcit dan borong yang terbesar di Malaysia, dengan jualan tahunan mencecah RM
1.6 billion, bermula dengan sebuah kedai kecil di Kota Bharu pada tahun 1957.
Mydin Mohamed bin Ghulam Hussein, 83 tahun adalah pengasasnya. En. Mydin
berbekal dengan simpanan peribadi, tiada jalan pintas, tanpa tongkat atau
bantuan kewangan dari kerajaan, mampu memulakan “empire” perniagaan hanya mulai
dengan ruang kedai yang amat kecil. Beliau mampu mengusahakannya sehingga
berjaya. Usahawan pada masa kini perlu mencontohi tokoh pada masa lampau
bagaimana berjayanya seorang tokoh tersebut dengan pandai mengambil peluang
yang ada.
Datuk Wira Dr Ameer Ali galak berusaha agar
dikenali sebagai rangkaian pasaraya terhebat dengan mengadakan promosi-promosi
serta iklan yang dapat menarik pelanggan untuk terus mengunjungi pasaraya
Mydin. Beliau melihat dari pelbagai sudut terutamanya pemasaran bagi memajukan
perniagaannya. Beliau melihat dari sudut umur, teknologi masa kini serta
kekangan-kekangan yang dihadapi oleh masyarakat contohnya kejatuhan mata wang dan
cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan mengurangkan harga. Dengan
terus-menerus mengadakan iklan melalui media massa mahupun lampiran, masyarakat
kini tertarik untuk mengunjungi ke Mydin dengan tersematnya di minda harga
barangan yang murah dan berpatutan.
Mempunyai pandangan yang jauh dan pemikiran
yang bersifat futuristik adalah salah satu faktor membolehkan Datuk Wira Dr
Ameer berjaya sebagai seorang usahawan. Ini adalah kerana skop pemikirannya
yang luas ke depan yang membolehkannya merancang strategi perniagaan dengan
berkesan. Mydin amat terkenal dengan harga barangannya yang murah berbanding
harga pasaran, namun dalam masa yang sama kualiti barang juga turut diberi
perhatian. Ini amat membantu dalam menarik kepuasan dan kesetiaan pelanggan
terutama yang ingin berjimat cermat.
Mydin kini mampu bersaing dengan persaing
terdekatnya seperti Pasaraya Econsave, Tesco, Carefour dan lain-lain. Selain
menjual barangan keperluan harian dan alat permainan di kedai kecilnya, Mydin
kini yang diterajui oleh Datuk Wira Dr Ameer Ali telah mencapai tahap yang amat
memuaskan dengan mempelbagaikan jenis produk jualannya. Antara rangkaian produk
baharu iaitu peralatan elektrik, alat tulis, aksesori, pinggan mangkuk, pakaian
dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa pemikiran Encik Mydin adalah sentiasa
maju kehadapan walaupun mempunyai modal yang terhad.