Tuesday, November 3

Ciri-ciri Dato' Aliff Syukri

Usahawan adalah penggerak dan pemangkin ekonomi negara.Sesebuah negara tidak akan mencapai taraf sebagai negara maju sekiranya tidak mempunyai usahawan yang berjaya serta berdaya saing yang tinggi.Ini kerana usahawanlah yang menjadi tulang belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah negara.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah senang banyak yang perlu diperbaki dan perlu dilalui sebelum memperolehi hasil yang baik.Sebagai contoh salah seorang usahawan malaysia yang berjaya iaitu DATO’ ALIFF SYUKRI BIN KAMARZAMAN.Beliau merupakan pengasas produk D’HERBS dan terkenal dengan taglinenya “terlajak laris”.

Salah satu ciri-ciri yang dimiliki oleh beliau sehingga berjaya ialah mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri.Pada mulanya beliau bukanlah berasal dari golongan orang berada dan juga tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.Tetapi dengan keberanian,ketabahan dan juga kecekalan beliau mampu menjadi salah seorang usahawan termuda di Malaysia.Walaupun sukar untuk mengekalkan produk kosmetik di malaysia,akan tetapi bagi DATO’ ALIF SYUKRI beliau tidak pernah putus asa untuk memperkenalkan produk D’HERBS kepada masyarakat di Malaysia seiring dengan matlamatnya untuk memastikan produk D’HERBS mendapat tempat di hati pengguna malaysia.

Dengan ciri yang ada pada beliau,produk D’HERBS telah menghasilkan banyak produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan.Banyak yang telah beliau lakukan untuk menjadikan produk D’HERBS mendapat sambutan di kalangan masyarakat malaysia tidak kira golongan lelaki,wanita,tua atau muda.Oleh hal itu,produk d’herbs bukan sahaja tertumpu pada golongan muda tetapi juga kepada golongan tua.Banyak produk d’herbs yang telah dikeluarkan antaranya ialah bedak asas,syampoo untuk melebatkan rambut,ubat mencerdaskan minda dan produk kesihatan kepada golongan tua.Produk d’herbs juga senang didapati toko-toko jamu dan boleh didapati dengan harga yang sangat murah.

Disebabkan oleh keyakinan beliau terhadap kebolehan diri sendiri,kini beliau banyak muncul di kaca televisyen dan siaran-siaran radio mengenai produk beliau.Ciri ini sangat penting bagi semua usahawan,jika tiada ciri ini maka sukarlah untuk menjadi usahawan yang berjaya.