Dato
Aliff Syukri sedar bahawa semua bahan
mentah untuk produknya haruslah dijamin dengan kualiti yang terbaik. Perkara
ini telah menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di dalam
Malaysia, malahan Singapura dan juga Brunei.
Istimewanya produk beliau ini adalah bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus berasaskan herba dan murah berbanding produk kesihatan
lain di pasaran. Produk D’Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15
sahaja di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, pasar tani,
farmasi, kedai jamu dan pusat jualan D’Herbs sendiri.
Dato
Aliff Syukri juga sedar tentang keinginan untuk membantu wanita mahupun lelaki
yang sering mengalami masalah kesihatan dalaman mahupun untuk tampil dengan
lebih yakin dan bergaya
sekali gus ingin
membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk
daripada D’Herbs.
Sikap
yang ditonjolkan oleh Dato Aliff
Syukri ini sewajarnya dicontohi oleh semua usahawan
di dalam mahupun luar Negara, di mana
dia mengutamakan kualiti produk dan kepuasan pengguna. Jika sikap ini terus
dipraktikkan oleh mana-mana usahawan, reputasi
perniagaan akan meningkat dan perniagaan akan bertahan lebih lama dalam industri.