Insiatif
membawa maksud seseorang itu mempunyai semangat atau tabiat untuk menjalankan
tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa. Sikap berinsiatif diperlukan dalam
setiap diri usahawan agar dapat menonjolkan ciri-ciri positif yang ada pada
usahawan tersebut. Hal ini penting kerana usahawan yang berjaya akan
bertanggungjawab terhadap sikap, tingkah laku serta perbuatannya. Sikap
berinsiatif juga diperlukan untuk menghadapi arus perubahan dan peredaran masa
supaya tidak dianggap ketinggalan dalam persaingan perniagaan.
Rangkaian
produk kosmetik D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’ Herbs) sudah dikenali di seluruh
Malaysia bahkan di luar negara. Lebih 35 jenis produk dipasarkan merangkumi
pelbagai kategori terutamannya produk kecantikan dan kesihatan wanita dan
sebanyak enam buah kedai di seluruh negara. Pengasasnya ialah seorang usahawan
muda yang sangat berjaya iaitu Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Diusia 25 tahun
beliau telah dianugerahkan darjat Dato’. Dan telah menjadi lumrah bagi seorang
usahawan itu untuk berdepan dengan segala kesulitan dan kesukaran.
Walaupun
berasal dari keluarga yang susah, namun beliau gemar berdikari untuk menjayakan
dirinya dan dengan berbekalkan azam yang kuat, beliau bertungkus lumus mencari wang dengan mengambil insiatif
dan menjalankan perniagaan bermula dengan membuka gerai di pasar tani setiap
minggu. Hal demikian kerana beliau tidak gemar menelaah pelajaran dan beliau
sendiri sedar bahawa beliau perlu berusaha lebih keras untuk hidup di Kuala
Lumpur yang penuh dengan kemudahan yang memerlukan wang. Walaupun letih dengan
kerja beliau dimana waktu bekerja beliau adalah dari jam 8 pagi sehingga 9
malam, beliau tetap mengambil insiatif untuk membuat satu kursus make up wajah untuk
rakan-rakan sepejabat. Beliau hanya mengenakan caj pada kadar RM5-RM10 sahaja
dan dalam bengkel tersebut beliau mampu memperoleh pendapatan sebanyak
RM1000-RM3000.
Disamping
bekerja untuk orang lain, beliau akhirnya mendapat idea untuk mencipta produk dan
jenamanya sendiri.Walaupun pada permulaannya beliau menghadapi kesulitan iaitu pinjaman
beliau di tolak atas alasan beliau masih muda dan mentah dan beliau diperkatakan
oleh saudara sendiri dengan mengatakan beliau tidak akan berjaya kerana tidak
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi hanya dengan lepasan SPM. Namun itu
semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang menjadi seorang
usahawan.
Demi
mencapai matlamat dan impiannya, beliau mencari pelbagai insiatif untuk
mendapatkan wang selain memohon loan bank. Beliau meminta tolong kenalan yang
terdekat yang terdiri daripada saudara-saudara serta pelanggannya dengan
memberitahu hajatnya untuk membina satu jenama. Rata-rata memberi respon yang
menggalakkan, mereka berminat dan yakin dengan kewibawaan beliau untuk membuat
satu jenama.
Wang
yang diberikan dijadikan pelaburan dan menariknya, beliau memiliki semangat
kental malah tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau
percaya dan yakin akan dapat menghasilkan produk berkualiti dan mampu dibeli
setiap lapisan masyarakat. Dengan menggunakan insiatif dan strategi pengiklanan
yang hebat, akhirnya usaha beliau membuahkan hasil yang amat mengagumkan dan
jenama D’ Herbs mula mendapat tempat di hati dalam kalangan pelanggan.
Dato’
Aliff Syukri Kamarzaman juga merupakan seorang ketua yang sangat
bertanggungjawab, Beliau telah membuka sebuah syarikat yang di namakan Aliff
Herbs Manufacturing Sdn. Bhd. di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan
produk kesihatan dan kecantikan. Ini bertujuan untuk memastikan tiada sebarang
produk D’ Herbs dijadikan produk tiruan dan memastikan semua pelanggan mendapat
produk yang berkualiti serta terjamin keselamatannya. . Beliau juga disenangi
oleh kalangan mereka yang terlibat dengan syarikat D’ Herbs seperti stokis,
pengedar, pengguna dan juga kakitangannya
Sekarang
beliau mampu tersenyum dan bersyukur dengan segala hasil titik peluhnya selama
ini dengan kini D’ Herbs Healthy Sdn Bhd mempunyai seramai 6,000 stokis di
seluruh negara. Pencapaian ini amat memberangsangkan. Syarikat ini juga telah
melakukan pelbagai insiatif dalam membaharui produk dan kini mereka telah
mengeluarkan 60 jenis produk yang khusus untuk kanak-kanak, wanita serta
lelaki.