Tuesday, November 3

Berinisiatif & bertanggungjawab

Insiatif membawa maksud seseorang itu mempunyai semangat atau tabiat untuk menjalankan tanggungjawab tanpa diarah atau dipaksa. Sikap berinsiatif diperlukan dalam setiap diri usahawan agar dapat menonjolkan ciri-ciri positif yang ada pada usahawan tersebut. Hal ini penting kerana usahawan yang berjaya akan bertanggungjawab terhadap sikap, tingkah laku serta perbuatannya. Sikap berinsiatif juga diperlukan untuk menghadapi arus perubahan dan peredaran masa supaya tidak dianggap ketinggalan dalam persaingan perniagaan.
Rangkaian produk kosmetik D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D’ Herbs) sudah dikenali di seluruh Malaysia bahkan di luar negara. Lebih 35 jenis produk dipasarkan merangkumi pelbagai kategori terutamannya produk kecantikan dan kesihatan wanita dan sebanyak enam buah kedai di seluruh negara. Pengasasnya ialah seorang usahawan muda yang sangat berjaya iaitu Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Diusia 25 tahun beliau telah dianugerahkan darjat Dato’. Dan telah menjadi lumrah bagi seorang usahawan itu untuk berdepan dengan segala kesulitan dan kesukaran.
Walaupun berasal dari keluarga yang susah, namun beliau gemar berdikari untuk menjayakan dirinya dan dengan berbekalkan azam yang kuat, beliau bertungkus  lumus mencari wang dengan mengambil insiatif dan menjalankan perniagaan bermula dengan membuka gerai di pasar tani setiap minggu. Hal demikian kerana beliau tidak gemar menelaah pelajaran dan beliau sendiri sedar bahawa beliau perlu berusaha lebih keras untuk hidup di Kuala Lumpur yang penuh dengan kemudahan yang memerlukan wang. Walaupun letih dengan kerja beliau dimana waktu bekerja beliau adalah dari jam 8 pagi sehingga 9 malam, beliau tetap mengambil insiatif untuk membuat satu kursus make up wajah untuk rakan-rakan sepejabat. Beliau hanya mengenakan caj pada kadar RM5-RM10 sahaja dan dalam bengkel tersebut beliau mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM1000-RM3000.
Disamping bekerja untuk orang lain, beliau akhirnya mendapat idea untuk mencipta produk dan jenamanya sendiri.Walaupun pada permulaannya beliau menghadapi kesulitan iaitu pinjaman beliau di tolak atas alasan beliau masih muda dan mentah dan beliau diperkatakan oleh saudara sendiri dengan mengatakan beliau tidak akan berjaya kerana tidak mempunyai tahap pendidikan yang tinggi hanya dengan lepasan SPM. Namun itu semua tidak mematahkan semangatnya untuk terus berjuang menjadi seorang usahawan.
Demi mencapai matlamat dan impiannya, beliau mencari pelbagai insiatif untuk mendapatkan wang selain memohon loan bank. Beliau meminta tolong kenalan yang terdekat yang terdiri daripada saudara-saudara serta pelanggannya dengan memberitahu hajatnya untuk membina satu jenama. Rata-rata memberi respon yang menggalakkan, mereka berminat dan yakin dengan kewibawaan beliau untuk membuat satu jenama.
Wang yang diberikan dijadikan pelaburan dan menariknya, beliau memiliki semangat kental malah tidak malu mempromosikan jenamanya di pasar malam kerana beliau percaya dan yakin akan dapat menghasilkan produk berkualiti dan mampu dibeli setiap lapisan masyarakat. Dengan menggunakan insiatif dan strategi pengiklanan yang hebat, akhirnya usaha beliau membuahkan hasil yang amat mengagumkan dan jenama D’ Herbs mula mendapat tempat di hati dalam kalangan pelanggan.
Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman juga merupakan seorang ketua yang sangat bertanggungjawab, Beliau telah membuka sebuah syarikat yang di namakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn. Bhd. di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan. Ini bertujuan untuk memastikan tiada sebarang produk D’ Herbs dijadikan produk tiruan dan memastikan semua pelanggan mendapat produk yang berkualiti serta terjamin keselamatannya. . Beliau juga disenangi oleh kalangan mereka yang terlibat dengan syarikat D’ Herbs seperti stokis, pengedar, pengguna dan juga kakitangannya
Sekarang beliau mampu tersenyum dan bersyukur dengan segala hasil titik peluhnya selama ini dengan kini D’ Herbs Healthy Sdn Bhd mempunyai seramai 6,000 stokis di seluruh negara. Pencapaian ini amat memberangsangkan. Syarikat ini juga telah melakukan pelbagai insiatif dalam membaharui produk dan kini mereka telah mengeluarkan 60 jenis produk yang khusus untuk kanak-kanak, wanita serta lelaki.


Kesedaran etika

        Dato Aliff  Syukri sedar bahawa semua bahan mentah untuk produknya haruslah dijamin dengan kualiti yang terbaik. Perkara ini telah menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di dalam Malaysia, malahan Singapura dan juga Brunei.

Istimewanya  produk  beliau  ini adalah  bahan-bahan  yang  digunakan adalah  seratus  peratus  berasaskan  herba dan murah berbanding produk kesihatan lain di pasaran. Produk D’Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15 sahaja di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai jamu dan pusat jualan D’Herbs sendiri.

Dato Aliff Syukri juga sedar tentang keinginan untuk membantu wanita mahupun lelaki yang sering mengalami masalah kesihatan dalaman mahupun   untuk  tampil  dengan  lebih yakin  dan  bergaya  sekali  gus  ingin  membantu mereka  menjana  pendapatan  yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada  D’Herbs.

Sikap  yang  ditonjolkan  oleh  Dato  Aliff  Syukri  ini  sewajarnya  dicontohi oleh  semua  usahawan  di dalam mahupun luar Negara, di mana dia mengutamakan kualiti produk dan kepuasan pengguna. Jika sikap ini terus dipraktikkan oleh mana-mana  usahawan, reputasi  perniagaan  akan meningkat dan  perniagaan  akan  bertahan  lebih  lama  dalam  industri.


Strategi pengaruh

MENGGUNAKAN  STRATEGI  PENGARUH
Usahawan yang berjaya mempunyai kebolehan untuk menggunakan pengaruh yang ada di sekelilingnya. Usahawan menggunakan strategi  pengaruh untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan serta menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua pihak berkepentingan dengannya. Usahawan menggunakan strategi-strategi  pengaruh bagi mewujudkan kepintaran dan kecekapan rangkaian yang lebih luas. Usahawan akan sentiasa menggunakan strategi-strategi ini untuk mempengaruhi, memujuk, mengajak dan meyakinkan orang lain tanpa melakukan unsur penipuan terhadap mereka. Selain itu, usahawan juga menggunakan strategi pengaruh untuk mendapatkan hak pengedaran, memudahkan mendapat pinjaman serta mendapatkan kontrak-kontrak perniagaan mereka.
 Usahawan adalah pemimpin di dalam syarikatnya. Sebagai pemimpin, usahawan perlu mampu mempengaruhi pekerja-pekerja, dan industri yang diceburi supaya ia dapat mencapai matlamat perniagaannya. Terdapat lima asas pengaruh yang boleh digunakan;
·         
      i)    Pengaruh berdasarkan kuasa mutlak.
ii)    Pengaruh berdasarkan kuasa menghukum.
       iii)    Pengaruh berdasarkan kuasa memberi ganjaran.
     iv)   Pengaruh berdasarkan kuasa kepakaran.

        v)    Pengaruh berdasarkan kuasa memberi tauladan.

Usahawan perlu memiliki salah satu daripada sumber kuasa atau kombinasi sumber-sumber ini sebagai strategi pengaruhnya terhadap pelanggan, pekerja dan keseluruhan industri dan pasaran yang terlibat dengannya.
Contohnya, pengasas D’Herbs Healthy Sdn Bhd iaitu Datuk Aliff Syukri yang terkenal dengan taglinenya “terlajak laris” mempunyai ciri-ciri ini.
Beliau telah mengiklankan produk D'Herbs di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan tersebut telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kepada perniagaannya. Ia juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan D'Herbs juga telah menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia, Bintang Mencari Bintang dan Dai’ Pendakwah Milenia 3 yang disiarkan di Astro dan TV3.

Melalui kepetahan mulutnya mempromosikan produk D’Herbs sejak diawal kemunculannya, kini jenama itu telah menjadi buah mulut orang ramai yang ingin mendapatkan produk beliau. Pengaruh media massa dan media sosial digunakan sebaiknya oleh beliau untuk menarik perhatian ramai pihak.

Lokus kawalan dalaman Dato' Aliff Syukri

Lokus kawalan dalaman merupakan antara ciri-ciri usahawan yang berjaya. Lokus kawalan dalaman bermaksud tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinnya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Bagi usahawan pula, mereka perlu mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi kerana ia akan memperlihatkan tahap keyakinan usahawan terhadap kebolehan dirinya sendiri. Tahap lokus kawalan yang tinggi akan membuatkan seseorang usahawan itu berasa yakin akan keputusan yang dibuatnya dan merasakan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang terbaik dan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan yang tinggi jugak merupakan seorang usahawan yang tidak mudah dioengaruhi oleh faktor luaran seperti khabar angin atau berita yang tidak sahih.
Antara usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi ialah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau merupakan pengasas produk kecantikan yang terkenal di Malaysia iaitu D’Herbs.  Bermula dengan hanya 4 produk kini D’Herbs  sudah mempunyai lebih daripada 90 rangkaian produk kecantikan dan beroperasi di sebuah bangunan 4 tingkat.
Seperti usahawan yang lain, Dato’ Aliff Syukri juga mempunyai masalah untuk mendapatkan modal.  Permohonannya untuk mendapatkan pinjamn bank telah ditolak. Namun semangatnya tidak pernah padam.Setelah berfikir, akhirnya beliau cuba mendapatkan pinjaman dari rakan-rakan terdekat dan para peserta yang pernah mengikuti bengkel kecantikan beliau. Alhamdulillah, ikhtiar ini membuahkan hasil, dan menjadi titik permulaan kepada beliau untuk  peringkat yang lebih tinggi dalam perniagaan. Dengan bermodalkan RM100,000 yang dikumpul dari pinjaman awal dan duit terkumpul hasil perniagaan di pasar tani selama 2 tahun, sudah cukup membantu Dato’ Syukri membina jenama sendiri.
Walaupun pernah dicaci oleh saudara-mara kerana hanya berkelulusan SPM, namun Dato’ Aliff Syukri tidak pernah patah semangat. Berpegang teguh dengan prinsip sikit-sikit, lama- lama jadi bukit  itulah yang menaikkan semangat Dato’ Aliff Syukri untuk terus berusaha demi menggapai kejayaan . Lokus kawalan yang tinggi dalam diri beliau inilah yang membuatkan beiau tidak terpengaruh denngan kata- kata sindiran saudara-mara serta masyarakat terhadap dirinya. Ini membuktikan bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang cekal dan tidak pernah berputus asa dengan apa yang terjadi.





RANGKAIAN
Rangkaian bemaksud sesuatu yang berkaitan, bersambung – sambung, kumpulan dan sistem yang berhubung antara satu sama lain. Menurut kamus pelajar edisi kedua, rangkaian ialah sesuatu yang bersambung – sambung atau berangkai – rangkai, kumpulan beberapa simbol atau angka yang menyatakan sesuatu jumlah dan satu sistem yang saling  bersambung dan berkomunikasi antara satu sama lain.
Menurut Ivan Misner di dalam karyanya iaitu The World’s Best Known Marketing Secret, rangkaian merupakan proses pembangunan dengan menggunakan kenalan untuk mengembangkan perniagaan , pengetahuan , pengaruh dan memperbanyakkan kerja- kerja amal kepada masyarakat.
Antara usahawan Malaysia yang menggunakan pengaruh kenalan untuk membangunkan perniagaannya ialah Dato’ Siti Nuhaliza binti Tarudin. Dato’Siti Nurhaliza merupakan penyanyi No. 1 Malaysia dan juga pengasas kepada produk kecantikan iaitu Simply Siti (SS). Produk Simply Siti telah dilancarkan pada awal tahun 2010 dengan memperkenalkan beberapa produk seperti minyak wangi, gincu bibir, krim BB dan bermacam lagi.
 Antara kenalan yang terbabit dalam membagunkan perniagaan Dato’ Siti Nurhaliza ialah Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa iaitu seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia dan merupakan suami kepada Dato’ Siti Nurhaliza. Beliau memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membina perniagaan isterinya. Beliau juga berperanan dalam menaikkan semula semangat Dato’ Siti Nurhaliza untuk kembali dalam bidang perniagaan selepas percubaan pertamannya melalui minuman CTea tidak berjaya.
 Insan seterusnya yang memainkan peranan dalam memperkenalkan Simply Siti ke mata masyarakat ialah Datuk Normaziah Sheikh Mohammed. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal dalam bidang kecantikan dan kosmetik dengan menerajui beberapa buah syarikat seperti Euro Mega Manufacturing, Mega Prestima Industries Sdn Bhd, Bellini Resources (M) Sdn Bhd dan Dermilab Sdn Bhd. Mempromosikan produk Simply Siti merupakan satu tugas yang mudah bagi beliau kerana beliau sudah lama berkecimpung dalam bidang ini. Beliau juga telah dipilih sebagai Wanita Ikon 2007 yang telah di sampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Rumusannya, memiliki kenalan yang berpengaruh dan berpengalaman dalam bidang perniagaan telah memberi kesan positif kepada perniagan Dato’ Siti Nurhaliza. Ini membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kelebihan ini dengan sebaiknya.


Ciri-ciri Dato' Aliff Syukri

Usahawan adalah penggerak dan pemangkin ekonomi negara.Sesebuah negara tidak akan mencapai taraf sebagai negara maju sekiranya tidak mempunyai usahawan yang berjaya serta berdaya saing yang tinggi.Ini kerana usahawanlah yang menjadi tulang belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah negara.Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya bukanlah senang banyak yang perlu diperbaki dan perlu dilalui sebelum memperolehi hasil yang baik.Sebagai contoh salah seorang usahawan malaysia yang berjaya iaitu DATO’ ALIFF SYUKRI BIN KAMARZAMAN.Beliau merupakan pengasas produk D’HERBS dan terkenal dengan taglinenya “terlajak laris”.

Salah satu ciri-ciri yang dimiliki oleh beliau sehingga berjaya ialah mempunyai keyakinan terhadap kebolehan diri sendiri.Pada mulanya beliau bukanlah berasal dari golongan orang berada dan juga tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.Tetapi dengan keberanian,ketabahan dan juga kecekalan beliau mampu menjadi salah seorang usahawan termuda di Malaysia.Walaupun sukar untuk mengekalkan produk kosmetik di malaysia,akan tetapi bagi DATO’ ALIF SYUKRI beliau tidak pernah putus asa untuk memperkenalkan produk D’HERBS kepada masyarakat di Malaysia seiring dengan matlamatnya untuk memastikan produk D’HERBS mendapat tempat di hati pengguna malaysia.

Dengan ciri yang ada pada beliau,produk D’HERBS telah menghasilkan banyak produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan.Banyak yang telah beliau lakukan untuk menjadikan produk D’HERBS mendapat sambutan di kalangan masyarakat malaysia tidak kira golongan lelaki,wanita,tua atau muda.Oleh hal itu,produk d’herbs bukan sahaja tertumpu pada golongan muda tetapi juga kepada golongan tua.Banyak produk d’herbs yang telah dikeluarkan antaranya ialah bedak asas,syampoo untuk melebatkan rambut,ubat mencerdaskan minda dan produk kesihatan kepada golongan tua.Produk d’herbs juga senang didapati toko-toko jamu dan boleh didapati dengan harga yang sangat murah.

Disebabkan oleh keyakinan beliau terhadap kebolehan diri sendiri,kini beliau banyak muncul di kaca televisyen dan siaran-siaran radio mengenai produk beliau.Ciri ini sangat penting bagi semua usahawan,jika tiada ciri ini maka sukarlah untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Biodata Dato' Aliff Syukri Kamarzaman & latar belakang SYarikat D'herbs.


         Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Kini beliau berusia 28 tahun dan di anugerah sebagai pangakat dato.Beliau juga bapa kepada 3 orang anak dan mempuyai seorang isteri iaitu DATIN NUR SHAHIDA MOHD RASHID.Antara latar belakang beliau ialah beliau pada mulanya telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.
         Seterusnya,penglibatan beliau dalam dunia perniagaan bertunas sejak kecil lagi. Bermula dengan berniaga secara kecil-kecilan akhirnya membuahkan hasil yang lumayan kini. Hadir dalam keluarga yang tidak mewah membuatkan beliau menghargai setiap sen yang dimiliki. Beliau mula berniaga sejak berusia tujuh tahun lagi sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor. Semangatnya hadir untuk berniaga apabila melihat rakan sekolahnya membawa wang saku lebih 50 sen manakala beliau hanya 20 sen. Melihatkan di sekeliling rumah neneknya terdapat pokok mempelam dan jambu tumbuh subur, beliau tanpa meminta pertolongan, memanjat pokok tersebut dan hasilnya dijadikan jeruk untuk dijual di sekolah. Jika budak lain pergi ke sekolah hanya membawa satu beg sekolah untuk mengisi buku, namun untuk beliau, pasti akan ada satu lagi beg tambahan untuk memuatkan jeruk yang dihasilkannya untuk dijual pada harga antara 10 hingga 20 sen. Perniagaan kecil-kecilan itu dilihat sangat berkesan lantas memberi keyakinan kepada beliau untuk melakukannya hingga ke peringkat sekolah menengah dengan menjual pelbagai jenis kerongsang dan juga tudung serta barangan kosmetik.
          Apabila habis zaman persekolahan, beliau mula menjalankan perniagaan kecil-kecilan dari rumah ke rumah menjual jamu dan pelbagai jenis produk kecantikan jenama terkenal. Bukan itu sahaja, pada waktu tengah hari pula, beliau akan mengetuk pintu pejabat untuk menjual. Walaupun ada kalanya terasa segan kerana pelanggan tidak mahu mendengar penjelasan yang diberikan, ianya menjadi titik permulaan untuk beliau serius berniaga. Baginya, malu itu perkara kedua. Prinsipnya mudah, bukan kerana modal kita berjaya tetapi usaha dan kesungguhan paling penting. Selepas berhempas pulas berniaga dari rumah ke rumah, bermodalkan wang simpanan yang dikumpul, beliau mula menyewa sebuah kiosk di pusat beli-belah di Subang Jaya, Selangor.
            Malahan,dengan bergelar suami dan bapa pada usia muda serta tinggal di kota raya membuatkan beliau perlu mencari jalan menambah pendapatan. Setiap hujung minggu, beliau akan membuat bengkel kecantikan dan kesihatan di tempat-tempat kerja sama ada swasta mahupun kerajaan. Sambil menyelam minum air, itulah yang beliau amalkan apabila beliau turut menjual produk kecantikan dan kesihatan pada masa bengkel dijalankan. Harga yang dikenakan juga tidaklah mahal, antara RM5 hingga RM10 sahaja. Melalui bengkel yang dijalankan, beliau mampu menjana pendapatan sehingga RM3000 sebulan. Selepas gigih menjual produk daripada pelbagai jenama, beliau mula merasakan lebih baik beliau menjual produknya sendiri. Maka, beliau mengambil langkah drastik untuk mengeluarkan produk ciptaan sendiri. Semua simpanan yang ada, beliau gunakan sepenuhnya untuk menghasilkan produk jenamanya sendiri.
            Walaupun sedar risiko muflis itu ada, namun selepas membuat kajian selama beberapa bulan, syarikatnya D’ Herbs Healthy Sdn. Bhd. berjaya mengeluarkan gincu kolagen pertama di Malaysia.Pertubuhan awal syarikat D’Herbs Marketing dimana syarikat ini ditubuhkan pada September 2010,syarikat D’Herbs hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini syarikat ini telah mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 syarikat ini  telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan.
              Pada masa kini,D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dan syarikat ini juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat syarikat D’Herbs sehingga ke seluruh dunia.Syarikat D’Herbs juga mempunyai misi dan visi serta objektif antaranya ialah

MISI SYARIKAT
Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs
VISI SYARIKAT
Visi Utama D'Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
OBJEKTIF SYARIKAT
1.    Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.
2.    Memberikan perkhidmatan selepas jualan.
3.    Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.
4.    Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
5.    Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi memudahkan pengguna (One Stop Center).
6.    Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.
7.    Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.
              Selain itu,produk D’Herbs juga telah banyak diiklankan di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan kami telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kerana kami . Kami juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan D'Herbs juga telah menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari Bintang yang disiarkan di Astro dan TV3.Dengan menggunakan selebriti terkenal seperti Bienda dan Watie Elite sebagai jurucakap produknya, menjadikan produknya menjadi tarikan pelanggan bukan sahaja di Malaysia malah Singapura dan juga Brunei.
             Bagi  menarik perhatian orang ramai,pengasas produk ini sendiri iaitu Dato’ Aliff sendiri selalu menggunakan taglinenya “terlajak laris” bagi menarik orang ramai terhadap produknya.Istimewanya lagi mengenai produk beliau adalah bahan-bahannya 100 peratus berasaskan herba dan juga murah berbanding produk kesihatan lain di pasaran. Produk D’ Herbs boleh didapati dengan harga serendah RM15 di setiap lokasi tumpuan ramai termasuk pasar malam, pasar tani, farmasi, kedai jamu, dan pusat  jualan D’ Herbs sendiri.Malahan,produk-produk  D’Herbs   dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd.
              Maka dapatlah kita simpulkan bahawasanya untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya ini bukanlah senang tetapi memerlukan usaha yang kuat,berani menghadapi risiko dan yang paling penting ialah tidak mudah putus asa.







Monday, November 2

Rumusan

Sebagai kesimpulan, usahawan yang berjaya akan mempunyai ciri-ciri yang telah dibincangkan sebelum ini seperti berwawasan, proaktif, pemerhati dan banyak lagi yang dapat membezakan antara mereka dengan individu lain. Kebanyakkan mereka bermula dari bawah dan sering menghadapi kegagalan. Namun, berkat kegigihan dan keazaman yang tinggi untuk meneruskan perniagaan yang mereka usahakan akhirnya mereka berjaya seperti yang dapat dilihat sekarang. Sesungguhnya, usahawan itu sebenarnya penggerak ekonomi dan banyak idea-idea kreatif bermula dari usahawan yang bijak mengambil peluang.
Tokoh usahawan berjaya yang kami pilih ialah Dato Aliff Syukri iaitu pengasas D’Herbs Holdings yang telah menjadi usahawan pada usia muda. Kami memilih usahawan ini kerana kami amat tertarik pada kisah permulaan beliau menubuhkan perniagaan serta setiap iklan produk yang dihasilkan oleh perniagaan kosmetik ini. Dimana pengasas produk ini sendiri yang memainkan peranan penting membuat iklan TV. Dato' Aliff Syukri ini adalah usahawan muda yang sangat berjaya. Diusia 25 tahun beliau telah dianugerahkan darjat Dato'.

Proaktif

Proaktif
 Salah  satu  ciri  yang  patut  ada  dalam  diri  usahawan  ialah  bersifat  proaktif. Pengertian atau definisi proaktif  ialah  orang  yang  relatif  tidak  terpengaruh  oleh  kekuatan situasi di sekitarnya, bahkan orang  tersebut  mampu  mempengaruhi  timbulnya  perubahan dalam  lingkungannya. Orang yang mempunyai  sikap  proaktif   tinggi  mampu mengenalpasti  kesempatan  dan  mengambil  tindakan  yang  tepat  untuk  memanfaatkan kesempatan  tersebut,  memperlihatkan  inisiatif  dan  mempertahankannya  sampai perubahan  yang  bermakna  terjadi. Lawan  dari  proaktif      adalah  pasif  atau  reaktif,  iaitu orang  yang  cenderung  untuk  beradaptasi   atau          berkompromi  dengan  keadaan,  daripada berusaha  mengubah  dirinya  untuk      memberikan  pengaruh  positif  pada  situasi di sekitarnya.

Ciri-ciri  Peribadi  Yang  Bersifat  Proaktif
1.    Inisiatif
Inisiatif  ialah  ciri-ciri  peribadi  yang  proaktif  di  mana  ia  tidak  menghendaki  respon  yang  negatif  untuk  masa  hadapan  dan  berusaha  untuk  “memberi  sebelum  diminta”. Inisiatif  ialah  seseorang  individu  yang  mempunyai  sikap  kesedaran  yang  tinggi  terhadap  apa  yang  akan  berlaku  di  kemudian  hari.

3.    Positif
Selalu  memandang  dengan  cara  positif. Sikap  proaktif  tidak  memandang  kesusahan  dalam  permasalahan,  namun  akan  mencari  cara  penyelesaiannya. Orang  proaktif  tidak  akan  berundur  sekiranya  menghadapi  masalah  malah  akan   mencari  jalan  keluar  untuk  menyelesaikan  masalah  yang  dihadapi.

           Contoh   Usahawan  Yang   Mempunyai    Sikap   Proaktif :
Dato’ Aliff  Syukri  Pengarah  Urusan  D’Herbs
            Dato’  Aliff  Syukri  yang  berasal  dari  keluarga  yang  susah  sangat  gemar  berdikari  untuk  menjayakan  dirinya  dan  enggan  duduk  di  kempompong  yang  sama. Pengalaman  yang  paling  bermakna  buat  beliau  ialah  apabila  beliau  ingin  memulakan  perniagaan  tetapi  tidak  mempunyai  wang  yang  cukup. Dengan  berbekalkan  azam  yang  kuat, beliau  berniaga  dengan  cara  apa  sekali  pun. Bermula  dari  menjual  kepada  kawan-kawan  di  pejabat. Kemudian  membuka  gerai  di  pasar  tani  setiap  minggu. Beliau  juga  ada  berkata, sebelum  kita  Berjaya, kita  jangan  minta  tolong  orang tetapi  kita  hendaklah  berusaha  terlebih  dahulu. Alhamdulillah  dengan  berniaga  di  pasar  tani, beliau  dapat  meraih  keuntungan  yang  agak  banyak.
            Walaupun  gagal  mendapat  pinjaman  di  bank  dengan  alasan  kerana  beliau  masih  lagi  seorang  yang  mentah,  beliau  tidak  pernah  berputus  asa  sebaliknya  mencari  peluang  lain  untuk  terus  memajukan  diri  beliau  dan  sentiasa  berfikiran  positif  walaupun  ada  segelintir  pihak  yang  mengherdik  beliau. Sikap  proaktif  yang  ada  dalam  diri  beliau  patut  dicontohi  oleh  anak-anak  muda  zaman  sekarang.  Alhamdulillah, beliau  amat  bersyukur  kepada  Allah  apabila  ada  kawan-kawan  terdekat,  pelanggan-pelanggan  yang  memanggil  beliau  ketika  membuat  bengkel  kecantikan  dan  memberitahu  mereka  tentang  hajat  beliau  yang  ingin  membuat  satu  jenama  dan  ingin  berkongsi  bersama  membantu  beliau. Tanpa  ada  sedikit  pun  perasaan  segan  silu, beliau  menerangkan  kertas  kerja  yang  ditolak  oleh  pegawai  bank  kepada  rakan-rakan  beliau  dan  respon  yang  diberikan  amatlah  mengejutkan.
 Duit  yang  diberikan  oleh  mereka, beliau  jadikan  pelaburan. Beliau  menjadikan  pelaburan  itu  sebagai  modal  awal  dan  menggabungkan  duit  hasil  daripada  perniagaan  tani, beliau  mendapat  lebih  kurang  RM 100 000.00. Beliau  amat  berterima  kasih  kepada  mereka  yang  turut  membantu  beliau  seperti  Encik  Putra, Puan Rohani, abah  beliau  sendiri, Puan  Linda, Puan Rina  kerana  tanpa  mereka  pastinya  Syarikat  D’herbs  tidak  akan  sampai  ke  tahap yang  lebih  cemerlang. Makin  kita  tinggi,  makin  kita  tunduk. Beliau  menyeru  kepada  semua  orang  yang  agar  berniaga tanpa  menghiraukan  kata-kata  ejekan  dari  orang  lain. Kita  juga  perlulah  bermula  daripada  bawah  lagi  dan  sentiasa  mencari  alternatif  baru. Sesungguhnya  hasil  yang  kita  berdiri  di  tapak  kaki  sendiri  lebih  bermakna  daripada  kita  menumpang  dari  hasil  orang  lain.
Dato’ Aliff  Syukri  mempunyai  matlamat  sendiri  untuk  Berjaya  tanpa  meniru  orang  lain. Nama  D’Herbs  akan  sentiasa  gah  dan  kuat  di  Malaysia. Itulah  matlamat  beliau  sampai  bila-bila.













Kerja  Berpasukan
Kerja  berpasukan  juga  merupakan  salah  satu  ciri  yang  patut  ada  dalam  diri  usahawan. Kemahiran  kerja  berpasukan  melibatkan  kebolehan  untuk  bekerjasama  dengan  orang  lain  daripada  pelbagai  latar  belakang  sosiobudaya  untuk  mencapai matlamat  yang  sama. Melalui  kerja  berpasukan,  organisasi  dapat  meningkatkan  hasil tanpa  meningkatkan  sumber  kerana  kerja  berpasukan  melibatkan  gabungan  usaha, pengatahuan,  kemahiran  dan  kebolehan  yang  dapat  menghasilkan  prestasi  kerja  yang lebih  tinggi  berbanding  jika  dilakukan  secara  bersendirian. Lapan  nilai-nilai  utama  yang menjadi  prasyarat  kepada  pelaksanaan  kerja  secara  berpasukan  iaitu  matlamat  sama, tanggungjawab  bersama, saling  percaya  mempercayai, berkongsi  idea, saling  bantu  membantu, bertolak  ansur, musyawarah  dan  kerjasama.
Sering  kali  wujud  kekeliruan  antara  kerja  berpasukan  dengan  kerja  berkumpulan. Perlu  dipastikan  bahawa  kedua-dua  istilah ini  berbeza. Kerja  dalam kumpulan  belum  tentu  membawa  maksud  kerja  sepasukan. Terdapat  banyak  jenis  kerja yang  dilakukan  oleh  individu  dalam  kumpulan  tetapi  ia  belum  menjadi  kepada  contoh kepada  kerja  berpasukan  kerana  “kerja  berkumpulan  menumpukan  kepada  kerja masing-masing  tetapi  secara  beramai-ramai  setiap  orang  telah  ditetapkan  kerja  yang  mesti  disiapkan. Malah  seseorang  dalam  kumpulan  hanya  menerima  arahan  daripada  ketua serta  tidak  terlibat  di  dalam  menentukan  sebarang  keputusan  atau  tindakan”.
Contoh  Usahawan  Yang  Mempunyai  Sikap  Kerja  Berpasukan :
Kiichiro  Toyoda
Kedudukan TOYOTA hari ini merupakan hasil usaha tanpa henti sejak pengasasnya mula membuat lakaran pertama kereta mereka. TOYOTA MOTOR CORPORATION merupakan syarikat yang diasaskan oleh KIICHIRO TOYODA telah mengetuk pintu 2009 dengan cukup bersemangat menerusi kejayaan bersejarah automotif dunia sekali gus meletakkan mereka di tempat pertama selepas kejatuhan empayar automotif terbesar GENERAL MOTOR (GM) dan CHRYSLER.
TOYOTA diiktiraf sebagai pembuat kenderaan terbesar dengan rekod jualan hampir 10 juta buah kenderaan pada tahun 2007 dan 2008. Namun kejayaan yang dikecapi bukanlah datang dengan mudahnya. Mereka menanti hampir 8 dekad untuk berada pada peringkat sekarang. Peringkat ini adalah suatu yang satu ketika dahulu dianggap amat mustahil untuk dicapai.
Toyota  Motor  Corporation  adalah  salah  sebuah syarikat  yang  mengamalkan  amalan  kerja  berpasukan. Kajian-kajian menunjukkan kerja berpasukan telah menyerlahkan potensi dan meningkatkan prestasi apabila tugasan yang melibatkan pelbagai kemahiran, pengalaman dan penilaian digabungkan. Dalam erti kata yang lain, kerja berpasukan membantu sesebuah organisasi memaksimumkan bakat dan kemahiran anggota-anggota kumpulan. Oleh  sebab  itu, Toyota  Motor  Corporation  mengamalkan amalan  kerja  berpasukan  kerana  banyak  manfaat  yang  diperolehi  daripada  aktiviti  ini  kerana  untuk  menghasilkan  kereta  yang  berkualiti  tinggi  ia  memerlukan  banyak  idea  dan  kreativiti  bagi  menarik  minat  pelanggan  untuk  membelinya.
Amalan  kerja  berpasukan  yang  diamalkan  oleh  syarikat  Toyota  Motor  Corporation  telah  menjadikan  syarikat  ini  sebagai  pengeluar  kereta  terbesar  dunia  mengalahkan  General  Motor  dari  Amerika  Syarikat.





Kemampuan & kemahiran diri

                                                      Usahawan adalah penggerak dan pemangkin ekonomi negara.usahawan yang berjaya dapat dibezakan daripada individu lain .usahawan dikatakan mempunyai ciri-ciri dan profil diri yang unik,hebat serta mempunyai kompetensi keusahawanan iaitu kemampuan dan kemahiran diri untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan.pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh usahawan membolehkan mereka melihat,menganalisis dan merebut peluang-peluang perniagaan yang tidak dapat dilihat oleh orang sebagai contoh seorang usahawan yang berjaya iaitu KOLONEL HARLAND SANDERS.Beliau merupakan pengasas ataupun pencipta KFC(KENTUCKY FRIED CHICKEN dan juga diketegorikan sebagai makanan segera ataupun fastfood.Pada masa kini,terdapat 500 daripada 672 restoran KFC atau francies di seluruh negara termasuk Malaysia,manakala selebihnya adalah di Brunei,Singapura,India dan Kemboja.Oleh hal ini,terbuktilah bahawa pengasas KFC iaitu KOLONEL HARLAND SANDERS mempunyai salah satu daripada ciri-ciri usahawan yang berjaya iaitu berbudaya terbuka.Dengan ciri tersebut beliau telah membuat hidangan menu berbeza-beza mengikut negara masing-masing.Beliau juga sangat peka dengan makanan utama bagi setiap negara.Sebagai contoh

MALAYSIA
Ini adalah salah satu menu yang terdapat di Malaysia.Ia amat menepati dengan citarasa orang malaysia iaitu makanan yang berteraskan nasi dan sup.Selain itu ayam KFC juga boleh didapati dalam pelbagai rasa contohnya original,spicy dan lain-lain lagi.

INDONESIA  
Ini adalah salah satu menu KFC di Indonesia iaitu isi ayam bersoskan dengan sos berbeque.Ia amat berbeza dengan menu di Malaysia iaitu berteraskan nasi.Manakala,saladnya dipotong sederhana bersertakan dengan mayonise.

THAILAND
Ini adalah antara menu yang terdapat di Thailand.Ia juga bertemakan makanan utama masyarakat Malaysia iaitu nasi.Ayam KFC di Thailand mempunyai sambal kacang dengan bawang merah dan bawang bombay(pedas).Rasa ayamnya pedas dan memang mengikut citarasa orang Thailand iaitu seakan-akan rasa tomyam.

SINGAPURA
Ini pula adalah menu yang terdapat di singapura.Menunya juga seperti Malaysia dan Thailand iaitu berteraskan nasi.Ayamnya pula dilimpahkan dengan sos pekat cendawan.
                                                                                                                                           SEOUL,KOREA
Tidak ketinggalan juga iaitu salah satu negara termaju iaitu korea.Bagi negara korea nasi tidak disediakan kerana ia bukan makanan utama masyarakat korea.KFC di korea hanya menyediakan makanan segera iaitu burger.Budaya orang korea tidak lebih kepada nasi tetapi lebih kepada makanan segera seperti burger.

Ciri-ciri usahawan berjaya

Usahawan yang berjaya perlulah mempunyai ciri-ciri dan profil diri yang unik,hebat serta mempunyai kopentasi keusahawanan iaitu kemampuan dan kemahiran diri untuk melaksanakan fungsi-fungsi keusahawanan dengan berkesan.Pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh usahawan memboehkan seseorang usahawan usahawan tersebut melihat,menganalisis dan merebut peluang-peluang perniagaan yang tidak dapat dilihat oleh orang lain.Sebagai contoh seorang usahawan automotif  yang berjaya iaitu  SOICHIRO HONDA.Semua usahawan mementingkan hasil yang baik tidak kira dari segi keuntungan,kepuasan diri terhadap kejayaan yang dicapai dan sebagainya.Begitu juga dengan pengasas HONDA,dengan berorientasikan hasil yang baik beliau telah menghasilkan banyak kereta honda yang berkualiti tinggi yang menjadi salah satu kereta kegemaran orang ramai di seluruh negara.Hal ini,dapat dibuktikan dengan peningkatan jualan setiap tahun.Pada tahun 2014 kereta honda telah menguasai pasaran sebanyak 13%.manakala,pada tahun 2015 disasarkan peningkatan kereta luar negara sebanayak 1-3 peratus.Dengan menggunakan teknologi tinggi,semua kereta honda telah menjadi pilihan masyarakat di seluruh dunia disebabkan teknologi terkini yang ada pada kereta honda tersebut.Antaranya ciri-ciri yang dimiliki oleh SOICHIRO HONDA untuk beliau memperolehi hasil yang baik ialah KERAJINAN,KOMITMEN,KEAZAMAN DAN KETABAHAN
Ciri-ciri kerajinan,komitmen,keazaman dan ketabahan merujuk kepada personaliti usahawan yang amat penting dalam pembangunan dan kejayaan seseorang usahawan.Begitu juga Pada setiap peringkat kitaran hayat perniagaan,usahawan amat memerlukan ciri-ciri di atas.Pada peringkat permulaan sesebuah perniagaan,usahawan amat memerlukan kerajinan,komitmen,keazaman dan ketabahan bagi menghadapi segala cabaran,rintangan,masalah dan kegagalan dalam memperkembangkan perniagaan.Pada peringkat penakatan(survival),usahawan memerlukan ciri ini bagi menghadapi segala kesulitan serta untuk mendapatkan kelebihan persaingan berbanding pesaing sedia ada.Pada peringkat(growth),usahawan memerlukan ciri-ciri ini untuk terus memperkembangkan perniagaannya ke peringkat antarabangsa bagi memperoleh keuntungan yang lebih lumayan di samping mendapat kelebihan persaingan dan memanjangkan kitaran hayat produknya.Sebagai contoh SOICHIRO HONDA telah mendapat kepercayaan di kalangan masyarakat disebabkan oleh Keluaran Honda mempunyai reputasi yang sangat tinggi di dalam pasaran kerana bahagian pemasangannya dan juga bentuk yang mudah diterima umum.Kereta honda mempunyai kedudukan konsisten yang sangat tinggi dari segi kualitinya mengikut laporan pengguna serta kumpulan-kumpulan pengguna bebas.Disebabkan oleh ciri-ciri yang baik yang dimiliki oleh SOICHIRO HONDA,maka terhasilah kereta honda yang sangat berkualiti yang menggunakan teknologi yang tinggi dan dapat memudahkan para pengguna.
MENITIKBERATKAN MUTU KERJA YANG TINGGI
Usahawan yang berjaya akan sentiasa menitikberatkan standard dan mutu kerja yang tinggi nilainya.Produk yang mempunyai standard dan mutu kerja yang tinggi nilainyaakan mendapat kelebihan persaingan berbanding persaingan sedia ada.Ini adalah kerana,pelanggan biasanya akan mengkaji dan membandingkan kualiti sesuatu produk sebelum mereka memilikinya.Melalui mutu yang tinggi,usahawan bukan sahaja dapat meyakinkan para pembeli dan pelanggan tetapi juga dapat memuaskan kehendak dan keperluan mereka.Ini secara tidak langsung,dapat meningkatkan prestasi sera imej perniagaan bagi usahawan.Sebagai contoh SOICHIRO HONDA telah menghasilkan kereta yang bertu tinggi dimana beliau telah menghasilkan teknologi penjimatan minyak yang sangat efisien.Disebabkan oleh teknologi penjimatan minyak tersebut Honda juga telah berada tahap yang paling tinggi dimana keberkesanan penjimatan minyak berbanding dengan kereta-kereta lain.Selain itu juga.kereta honda mempunyai nilai yang sangat tinggi ddimana kereta honda telah berada sama taraf dengan kereta-kereta mewah di automotif lain,berdasarkan laporan pengguna.



Belajar daripada kegagalan

KEGAGALAN SEBAGAI SATU PILIHAN

Sebagai seorang usahawan, mereka tidak akan lari daripada menghadapi risiko kegagalan dalam perniagaan. Bagi seorang usahawan yang mempunyai fikiran yang terbuka dan bermotivasi, mereka akan menganggap kegagalan yang dihadapi dalam perniagaan adalah sebagai satu cabaran untuk terus maju dan berjaya dalam perniagaan tersebut. Ini bermakna mereka akan belajar daripada kegagalan yang dihadapi dengan membuat perubahan dan sentiasa berusaha untuk mengelakkan kegagalan yang sama berulang.  Usahawan yang pernah menemui kegagalan juga akan sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri.
Kegagalan ini dikatakan sebagai suatu risiko yang akan dihadapi oleh usahawan untuk berjaya.
Contohnya, Datuk Yusuf Taiyoob yang menjadi jutawan kurma di Malaysia turut mempunyai jatuh bangunnya sendiri sebelum mencapai kedudukan sekarang ini.
Datuk Yusuf Taiyoob, pemilik syarikat kurma dan makanan berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan tekanan apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, jatuh merudum walaupun mendapat sambutan menggalakkan di peringkat awal. Ketika itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan tidak dapat menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam dan menjaga pemakanan sehingga pada satu malam beliau dikejarkan ke hospital dalam keadaan separuh sedar.
Selain itu, banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya sebelum mencapai tahap sekarang. Katanya, beliau pernah dihalau dan produknya dicampak begitu saja tanpa dilihat terlebih dulu. Namun, cabaran yang dihadapi itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya, malah selepas peristiwa muntah darah  beliau terus mencari peluang untuk membuka perniagaan baru di lokasi lain. .
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan. Tanpa beliau sedari, ketabahannya itu membuahkan hasil apabila perniagaannya berkembang maju sehingga beliau mampu menjadi pengeluar dan pembekal buah kurma dan makanan untuk pasaran tempatan serta negara jiran termasukSingapura, Indonesia, dan Thailand. Kini, anak sulung daripada empat beradik itu mempunyai lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
Sebagai seorang yang bergelar usahawan mereka akan melalui saat-saat yang memerlukan mereka untuk memperbaiki kesilapan yang dibuat dengan memperbaharui idea-idea dalam memajukan perniagaan. Belajar daripada kegagalan bermaksud mereka akan mengalami peristiwa ataupun keadaan yang merugikan mereka dalam perniagaan andai kata mereka tersilap langkah. Kegagalan juga membawa maksud situasi-situasi cemas yang memerlukan tindakan bijak untuk meneutralkan keadaan dalam perniagaan. Jika kegagalan terjadi, mereka sentiasa mencari solusi bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.





Berwawasan

BERWAWASAN
Wawasan menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke Empat merujuk kepada berpandangan jauh terutamanya berkaitan dengan perkembangan masa depan bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara. Seseorang usahawan mesti menetapkan hala tuju yang tertentu pada masa hadapan. Wawasan perlu dibentuk bagi kedua-dua jangka masa, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Wawasan yang dibentuk juga dapat mengelakan lencongan.
 Dengan adanya hala tuju atau wawasan yang jelas, segala usaha yang diambil disasarkan ke arah pencapaian wawasan yang ditetapkan. Usahawan yang berjaya akan merancang dan menetapkan segala matlamat agar usahanya sejajar dengan wawasan kerajaan. Usahawan akan sedaya upaya berusaha mencapai matlamat dan wawasan perniagaannya bagi membolehkan beliau menjadikan perniagaannya masyur di mata masyarakat. Usahawan ini juga akan memperlihatkan bahawa beliau juga mempunyai impian dan cita-cita yang tinggi yang ingin dicapai pada masa depan. Dalam menetapkan matlamat dan wawasan, usahawan memerlukan penelitian dan kajian yang rapi serta mempunyai kecekapan dari segi pemikiran. Mereka perlulah peka kepada kemampuannya dari sudut dalaman atau luar organisasi.
Mencontohi ‘Iron Lady’ Malaysia, Datuk Dr Maznah Hamid yang sentiasa mempunyai matlamat dan wawasan yang jelas dalam karier yang diceburinya. Beliau melihat bidang keselamatan adalah amat penting dalam mana-mana organisasi dan sebagai seorang wanita beliau sanggup melibatkan diri dalam bidang pekerjaan lelaki kerana beliau yakin bidang ini akan berkembang maju.
 Pada zaman dahulu, kebanyakan lelaki yang melibatkan diri bidang kawalan keselamatan yang bahaya, seperti pegawai keselamatan, polis, bomba, dan sebagainya. Tetapi, Datuk tidak kisah bidang berkenaan sesuai atau tidak dengan statusnya yang sebagai wanita tetapi dan akhirnya Datuk telah membukitkan wanita juga boleh melibatkan diri dalam bidang keselamatan yang penuh dengan banyak kesusuhan dan bahaya. Beliau juga sanggup melibatkan diri dalam bidang yang tidak dikenali oleh orang lain pada 30 tahun dahulu dan berjaya menjadikan Securiforce sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Hasil daripada kegigihan Datuk dan pasukannya menerajui syarikat, kini Securiforce mempunyai beberapa buah anak syarikat yang sedang berkembang maju. Antaranya ialah Danau Lumayan, pemaju hartanah di Bandar Tun Razak. membina pangsapuri /kondominium mewah, ‘penthouse’ yang eksklusif dan lot – lot kompleks perniagaan.
Selain itu, Datuk kini mengepalai lebih 65 buah cawangan, mengetuai lebih 6,000 kakitangan, dan dikelilingi dengan ratusan senjata api dan puluhan van kalis peluru. Hal yang paling membanggakan ialah van kalis peluru tersebut telah direkacipta dan dihasilkan oleh Securiforce sendiri. Di samping itu, ramai juga yang tidak menyedari bahawa perkhidmatan Securiforce bukan terhad kepada ‘static guard’ sahaja malah turut merangkumi logistik, cash-in-transit, pengurusan tunai, high - tech cargo management, perkhidmatan ‘armoured trucking’, dan pelbagai perkhidmatan yang lain. Securiforce memberikan pakej keselamatan yang lengkap dan total, mempelopori konsep ‘total security’. 









Berani mengambil risiko

Berani mengambil risiko
Usahawan adalah penggerak dan pemangkin ekonomi negara. Sesebuah negara tidak akan mencapai taraf sebagai negara maju sekiranya tidak menpunyai usahawan yang berjaya serta berdaya saing yang tinggi. Ini adalah kerana usahawan merupakan tulang belakang dan nadi bagi penggerak ekonomi negara.
Antara ciri yang perlu ada dalam setiap usahawan salah satunya adalah berani mengambil risiko. Risiko memainkan peranan penting dalam pembangunan diri usahawan. Kebanyakan orang pada masa kini takut untuk menghadapi risiko dalam hidup mereka kerana mereka sering dan terlalu memikirkan hasil negatif sekiranya keputusan yang mereka ambil itu salah. Setiap manusia perlu sedar bahawa dalam setiap perbuatan mereka lakukan mempunyai risikonya yang tersendiri tidak kira kecil atau besar.
Untuk melangkah maju kedepan, seseorang usahawan itu haruslah bersiap sedia menghadapi risiko. Seorang yang berjaya adalah orang yang berani mengambil risiko sebelum mencapai kejayaan yang mereka inginkan. Antara tokoh yang berjaya sehingga kini adalah Puan Rozita binti Ibrahim iaitu pengasas Sendayu tinggi yang menganggap kecantikan luaran sahaja tidak mencukupi dan tidak menjamin kepuasan mutlak tetapi sebaliknya kecantikan dalaman akan melahirkan kecantikan luaran yang lebih sempurna.
Sebelum bergelar usahawan, Rozita Ibrahim terpaksa merempuh onak dan duri dan beliau pernah melalui pengalaman pahit menjadi ibu tunggal. Pelbagai pekerjaan beliau telah dilakukan sebelum berjaya, antaranya ialah menorah getah, membekalkan makanan dan membuat kontrak perladangan serta menjalankan perniagaan kedai runcit. Namun itu semua tidak mematahkan semangat beliau untuk terus mencari rezeki demi menyara keluarganya. Beliau juga mengambil risiko dengan menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan seperti menjual akhbar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal dan sanggup mengenepikan pandangan sekeliling yang sering memandang serong kerana beliau melakukan pekerjaan orang lelaki. Bagi beliau yang paling utama ialah diri dan anak-anaknya dan berpegang dengan prinsipnya “sesiapa yang malas berusaha dan membuang masa adalah orang yang bodoh lag merugikan”.
Setelah berjaya mengumpul sejumlah wang, beliau mengambil risiko yang terbesar dalam hidupnya iaitu dengan hanya bermodalkan RM400 hasil dari gadaian barang-barang kemas, Puan Rozita memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi baru dan ingin melihat potensi herba tradisional dan penerimaan oleh masyarakat Malaysia. Beliau juga memberanikan diri bersikap terbuka dan mengambil risiko dengan menjadikan dirinya sebagai bahan uji akji terhadap formulasi barunya iaitu dengan mengemukkan badannya sebanyak tiga kali dan akhirnya berjaya menurunkannya semula. Ia bertujuan untuk menguji keberkesanan produk. Namun itu semua sejarah, kerana pada hari produk yang sering menjadi fokus masyarakat adalah produk-produk dari Sendayu Tinggi.
Dari semangat yang berani dan kental dalam menghadapi segala cabaran ini, beliau bangkit dengan penuh azam yang kukuh setelah menghadapi beberapa kegagalan. Dan beliau membuka syarikat pada tahun 1999 dan menamakannya “SENDAYU TINGGI”. Walaupun diusahakan secara kecilan beliau telah mendapat pendapatan yang lumayan iaitu sebanyak RM10,000 sehingga RM30,000 sebulan.
Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan dan mengambil segala risiko, beliau akhirnya berjaya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan,Sendayu Tinggi yang semakin berkembang dan dikenali di seluruh Malaysia. Dan beliau sekarang mempunyai 9 anak syarikat dibawahnya antaranya ialah SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD, SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD, SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD dan lain-lain lagi.

“Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran, kemenangan adalah matlamat. Puan Rozita percaya kita perlu selidik apa kekurangan pada diri kita sebelum melakukan sesuatu perkara itu dan kreativiti serta daya fikir yang tinggi dan sesekali menyelami tentang kehidupan alam sekeliling perlu ada untuk menjadi bekalan dalam kehidupan.