Tuesday, November 3

Lokus kawalan dalaman Dato' Aliff Syukri

Lokus kawalan dalaman merupakan antara ciri-ciri usahawan yang berjaya. Lokus kawalan dalaman bermaksud tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinnya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Bagi usahawan pula, mereka perlu mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi kerana ia akan memperlihatkan tahap keyakinan usahawan terhadap kebolehan dirinya sendiri. Tahap lokus kawalan yang tinggi akan membuatkan seseorang usahawan itu berasa yakin akan keputusan yang dibuatnya dan merasakan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan yang terbaik dan dapat memberi kebaikan kepada semua pihak. Usahawan yang mempunyai lokus kawalan yang tinggi jugak merupakan seorang usahawan yang tidak mudah dioengaruhi oleh faktor luaran seperti khabar angin atau berita yang tidak sahih.
Antara usahawan yang mempunyai lokus kawalan dalaman yang tinggi ialah Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman. Beliau merupakan pengasas produk kecantikan yang terkenal di Malaysia iaitu D’Herbs.  Bermula dengan hanya 4 produk kini D’Herbs  sudah mempunyai lebih daripada 90 rangkaian produk kecantikan dan beroperasi di sebuah bangunan 4 tingkat.
Seperti usahawan yang lain, Dato’ Aliff Syukri juga mempunyai masalah untuk mendapatkan modal.  Permohonannya untuk mendapatkan pinjamn bank telah ditolak. Namun semangatnya tidak pernah padam.Setelah berfikir, akhirnya beliau cuba mendapatkan pinjaman dari rakan-rakan terdekat dan para peserta yang pernah mengikuti bengkel kecantikan beliau. Alhamdulillah, ikhtiar ini membuahkan hasil, dan menjadi titik permulaan kepada beliau untuk  peringkat yang lebih tinggi dalam perniagaan. Dengan bermodalkan RM100,000 yang dikumpul dari pinjaman awal dan duit terkumpul hasil perniagaan di pasar tani selama 2 tahun, sudah cukup membantu Dato’ Syukri membina jenama sendiri.
Walaupun pernah dicaci oleh saudara-mara kerana hanya berkelulusan SPM, namun Dato’ Aliff Syukri tidak pernah patah semangat. Berpegang teguh dengan prinsip sikit-sikit, lama- lama jadi bukit  itulah yang menaikkan semangat Dato’ Aliff Syukri untuk terus berusaha demi menggapai kejayaan . Lokus kawalan yang tinggi dalam diri beliau inilah yang membuatkan beiau tidak terpengaruh denngan kata- kata sindiran saudara-mara serta masyarakat terhadap dirinya. Ini membuktikan bahawa beliau merupakan seorang usahawan yang cekal dan tidak pernah berputus asa dengan apa yang terjadi.





RANGKAIAN
Rangkaian bemaksud sesuatu yang berkaitan, bersambung – sambung, kumpulan dan sistem yang berhubung antara satu sama lain. Menurut kamus pelajar edisi kedua, rangkaian ialah sesuatu yang bersambung – sambung atau berangkai – rangkai, kumpulan beberapa simbol atau angka yang menyatakan sesuatu jumlah dan satu sistem yang saling  bersambung dan berkomunikasi antara satu sama lain.
Menurut Ivan Misner di dalam karyanya iaitu The World’s Best Known Marketing Secret, rangkaian merupakan proses pembangunan dengan menggunakan kenalan untuk mengembangkan perniagaan , pengetahuan , pengaruh dan memperbanyakkan kerja- kerja amal kepada masyarakat.
Antara usahawan Malaysia yang menggunakan pengaruh kenalan untuk membangunkan perniagaannya ialah Dato’ Siti Nuhaliza binti Tarudin. Dato’Siti Nurhaliza merupakan penyanyi No. 1 Malaysia dan juga pengasas kepada produk kecantikan iaitu Simply Siti (SS). Produk Simply Siti telah dilancarkan pada awal tahun 2010 dengan memperkenalkan beberapa produk seperti minyak wangi, gincu bibir, krim BB dan bermacam lagi.
 Antara kenalan yang terbabit dalam membagunkan perniagaan Dato’ Siti Nurhaliza ialah Datuk Sri Khalid Muhammad Jiwa iaitu seorang ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia dan merupakan suami kepada Dato’ Siti Nurhaliza. Beliau memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membina perniagaan isterinya. Beliau juga berperanan dalam menaikkan semula semangat Dato’ Siti Nurhaliza untuk kembali dalam bidang perniagaan selepas percubaan pertamannya melalui minuman CTea tidak berjaya.
 Insan seterusnya yang memainkan peranan dalam memperkenalkan Simply Siti ke mata masyarakat ialah Datuk Normaziah Sheikh Mohammed. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan yang terkenal dalam bidang kecantikan dan kosmetik dengan menerajui beberapa buah syarikat seperti Euro Mega Manufacturing, Mega Prestima Industries Sdn Bhd, Bellini Resources (M) Sdn Bhd dan Dermilab Sdn Bhd. Mempromosikan produk Simply Siti merupakan satu tugas yang mudah bagi beliau kerana beliau sudah lama berkecimpung dalam bidang ini. Beliau juga telah dipilih sebagai Wanita Ikon 2007 yang telah di sampaikan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Rumusannya, memiliki kenalan yang berpengaruh dan berpengalaman dalam bidang perniagaan telah memberi kesan positif kepada perniagan Dato’ Siti Nurhaliza. Ini membuktikan bahawa beliau telah menggunakan kelebihan ini dengan sebaiknya.